Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Julai 2004
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 9 Ogos 2004
09 Ogo 2004
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat pada separuh kedua bulan Julai kepada RM206.4 bilion (AS$54.3 bilion) pada 31 Julai 2004. Peningkatan sebanyak RM253 juta (AS$67 juta) semasa tempoh tersebut disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berterusan dan aliran masuk dana portfolio. Sementara itu, aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, dan pembayaran balik pinjaman luar negeri oleh sektor swasta. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!