Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mac 2003
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM0.9 bilion atau AS$0.2 bilion kepada RM132.6 bilion atau AS$34.9 bilion pada 31 Mac 2003. Pada separuh kedua bulan Mac, perolehan eksport yang dibawa pulang dan aliran masuk daripada pengambilan pinjaman luar negara oleh sektor awam, pendapatan daripada pelaburan dan pelaburan langsung asing adalah melebihi pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, dan aliran keluar dana portfolio. Paras rizab pada akhir bulan Mac telah mengambil kira pelarasan sukuan yang menghasilkan keuntungan penilaian semula pertukaran asing yang belum direalisasi berjumlah sebanyak AS$211 juta, disebabkan terutamanya oleh peningkatan nilai euro berbanding dolar AS pada suku pertama 2003. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.