Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mac 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Khamis, 8 April 2004
08 Apr 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM183 juta atau AS$48 juta pada separuh kedua bulan Mac kepada RM195.1 bilion atau AS$51.3 bilion pada 31 Mac 2004. Aliran masuk dalam tempoh tersebut disokong terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan aliran masuk dana portfolio, manakala aliran keluar mencerminkan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, penghantaran pulang dividen, dan pembayaran balik hutang luar negeri oleh sektor swasta. Paras rizab pada akhir bulan Mac telah mengambil kira kerugian daripada pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing sebanyak AS$421 juta. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan adalah 5.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

 


Bank Negara Malaysia
08 April 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?