Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mac 2006

Embargo: Untuk siaran segera
07 Apr 2006 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM271.6 bilion atau bersamaan USD73.7 bilion pada 31 Mac 2006. Paras rizab ini telah mengambil kira pengurangan nilai rizab akibat pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan mata wang utama. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan ialah 6.6 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 April 2006

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?