Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mac 2009
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Selasa, 7 April 2009
07 Apr 2009
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM320.7 bilion (bersamaan USD87.8 bilion) pada 31 Mac 2009. Paras rizab pada 31 Mac 2009 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab hasil daripada pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan sebahagian mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku pertama. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan ialah 4 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!