Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mac 2010
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Rabu, 7 April 2010
07 Apr 2010
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM311.7 bilion (bersamaan dengan USD95.3 bilion) pada 31 Mac 2010. Paras rizab pada 31 Mac 2010 telah mengambil kira penurunan nilai rizab hasil daripada pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan penambahan nilai ringgit berbanding dengan kesemua wang utama pada suku pertama. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan ialah 4 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!