Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mei 2002
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1745 pada Jumaat, 7 Jun 2002
07 Jun 2002
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM123.7 bilion atau AS$32.6 bilion pada 31 Mei 2002. Aliran masuk perolehan eksport yang dibawa pulang berterusan pada separuh kedua bulan Mei. Aliran masuk ini telah mengimbangi sebahagian daripada aliran keluar berikutan pembayaran balik hutang luar negeri oleh sektor swasta, yang berjumlah kira-kira AS$380 juta, dan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!