Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mei 2003
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1730 pada Jumaat, 6 Jun 2003
06 Jun 2003
Siaran Akhbar
Tren peningkatan rizab berterusan pada separuh kedua bulan Mei. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM0.4 bilion atau AS$0.1 bilion kepada RM138.5 bilion atau AS$36.5 bilion pada 31 Mei 2003, disokong terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi. Aliran keluar mencerminkan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, dan penghantaran pulang dividen yang lebih besar. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.6 bulan import tertangguh dan adalah 4.4 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!