Rizab antarabangsa BNM pada 31 Mei 2004
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM212 juta (AS$56 juta) kepada RM204.9 bilion (AS$53.9 bilion) pada 31 Mei 2004. Aliran masuk pada separuh kedua bulan Mei telah disokong terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan pengambilan pinjaman luar negeri oleh sektor awam. Sementara itu, aliran keluar semasa tempoh tersebut mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih besar, penghantaran balik dividen dan aliran keluar pelaburan portfolio yang sederhana. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan adalah 5.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.