Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mei 2005
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1815 pada Rabu, 8 Jun 2005
08 Jun 2005
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada RM284.6 bilion (USD74.9 bilion) pada 31 Mei 2005. Peningkatan sebanyak RM128.8 milion (USD33.9 milion) pada separuh kedua bulan Mei telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi, pengambilan pinjaman luar negeri dan aliran masuk pelaburan portfolio yang sederhana. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhimatan dan penghantaran balik dividen yang lebih besar. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan adalah 7.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!