Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Oktober 2002
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM128.9 bilion atau AS$33.9 bilion pada 31 Oktober 2002. Aliran masuk mencerminkan terutamanya perolehan eksport yang dibawa pulang, di samping pelaburan langsung asing pada separuh kedua bulan Oktober. Aliran keluar mencerminkan bayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, termasuk pembayaran dividen, dan pembayaran balik hutang luar negeri yang nyata yang melibatkan bayaran ke atas pokok dan faedah hutang oleh sektor swasta, serta aliran keluar bersih dana portfolio. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.