Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Oktober 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 7 November 2003
07 Nov 2003 Siaran Akhbar

Trend peningkatan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berterusan pada setengah bulan kedua Oktober. Peningkatan rizab sebanyak AS$1.7 bilion atau RM6.4 bilion kepada AS$43.6 bilion atau RM165.8 bilion pada 31 Oktober 2003 adalah disebabkan oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang terus berkekalan, aliran masuk pelaburan langsung asing yang lebih besar serta aliran masuk dana portfolio. Aliran keluar mencerminkan pembayaran import barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik hutang luar negara dan penghantaran pulang hasil keuntungan dan dividen. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 6.9 bulan import tertangguh dan adalah 4.7 kali hutang luar negara jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 November 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?