Satu Lesen Perbankan Islam Antarabangsa Baharu Dikeluarkan

Embargo: Untuk siaran segera
15 Jun 2011 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Menteri Kewangan telah meluluskan Elaf Bank B.S.C (c) (Elaf Bank) untuk menjalankan urusan perbankan Islam antarabangsa di Malaysia mengikut Akta Bank Islam 1983. Dengan kelulusan tersebut, Elaf Bank dibenarkan untuk menjalankan pelbagai urusan perbankan Islam dalam mata wang asing, tidak termasuk urusan dalam ringgit Malaysia.

Dengan beroperasinya Elaf Bank di Malaysia, hubungan ekonomi dan kewangan antara Malaysia dengan Bahrain akan bertambah kukuh selain terus menyokong pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia.


Bank Negara Malaysia
15 Jun 2011

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?