Semua Institusi Kewangan Berjaya Memasuki 29 Februari Tanpa Sebarang Masalah
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, mengumumkan bahawa semua institusi kewangan di bawah kawalannya telah melepasi tarikh 29 Februari 2000, iaitu tahun lompat, tanpa sebarang masalah. Menurut laporan yang dihantar kepada BNM oleh semua institusi perbankan pada jam 9.00 pagi hari ini, semua sistem berkomputer, termasuk sistem penyelenggaraan dan penjelasan telah berfungsi seperti biasa.
Tarikh 29 Februari 2000, adalah peringkat terakhir pengawasan teliti yang perlu diambil oleh institusi kewangan bagi projek pepijat alaf 2000. Projek pepijat alaf 2000 ini telah bermula pada tahun 1997. Walaupun menghadapi masalah-masalah kecil, sistem kewangan Malaysia telah berjaya meneruskan operasi ketika melangkah ke alaf baru.
BNM akan meneruskan pengawasan ke atas institusi kewangan untuk memastikan masalah pepijat alaf 2000 ini dapat dikesan pada peringkat awal. Sebarang pertanyaan daripada orang ramai boleh diajukan kepada Pusat Kawalan Y2K BNM di talian 03-2932330 yang akan beroperasi sehingga jam 11 malam, 1 Mac 2000.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.