Semua Institusi Perbankan Berjaya Menandatangani Perjanjian Jual Beli
Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi perbankan yang terlibat dalam program penggabungan telah berjaya menyempurnakan rundingan penggabungan masing-masing dan telahpun memeterai Perjanjian Jual-Beli sebelum 31 Ogos 2000. Dengan ini, kesemua institusi perbankan adalah layak untuk menikmati sepenuhnya manfaat insentif penggabungan yang diberikan oleh Kerajaan. Insentif tersebut merangkumi pengecualian daripada duti setem dan cukai ke atas keuntungan hartanah serta elaun cukai ke atas 50% daripada kerugian terkumpul institusi perbankan yang akan diambil alih.
Bank Negara Malaysia akan terus memantau secara teliti perkembangan pelaksanaan program penggabungan tersebut. Tempoh masa bagi penyempurnaan keseluruhan program penggabungan tetap kekal pada 31 Disember 2000.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.