Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemas kini

03 Mac 2023 Notis Umum

Bank telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Syarikat berikut ditambahkan ke dalam senarai:

  1. TriumphFX; and
  2. Najmuldin Exchanger (NE)

Sila ambil maklum bahawa TriumphFX dimasukkan dalam senarai ini kerana syarikat tersebut telah dipromosikan melalui laman web yang berikut: https://eobinfinity.com, https://eobmiles.com dan halaman Facebook Triumph Investment Malaysia: https://www.facebook.com/profile.php?id=100069799277365&mibextid=LQQJ4d 

Senarai ini dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Untuk melihat senarai Amaran Pengguna Kewangan yang dikemas kini, sila kunjungi bnm.gov.my/fca.
 


Bank Negara Malaysia
03 Mac 2023

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?