Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemas kini
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.
Syarikat yang berikut telah ditambahkan ke dalam senarai:
- Trader Pro Investment
- SQD Academy
- International Global Traders
Hap Seng Consolidate Berhad (entiti klon berpotensi) - JAZ Million Resources
- Sahabat Gold Machine Trade
- SJ Securities Sdn Bhd (entiti klon berpotensi)
MyGlobalTraders - Arab Investment Company Berhad (entiti klon berpotensi)
- M Advisory (entiti klon berpotensi)
- Areca Capital Sdn Bhd (entiti klon berpotensi)
- Skim Grand Capital Global
Skim Success Market Trading Malaysia Sdn Bhd
SY SUCCESS TRADING MALAYSIA (entiti klon berpotensi) - Adwise Capital Sdn Bhd (entiti klon berpotensi)
- Ace Investment Bank (entiti klon berpotensi)
- Fidelity Investment (entiti klon berpotensi)
Senarai ini akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Bagi mendapatkan senarai yang telah dikemas kini, sila layari: bnm.gov.my/fca
Nota: Entiti klon berpotensi merujuk entiti yang mungkin menyamar sebagai organisasi atau entiti yang sah dengan tampil seolah-olah asli serta cuba meniru identiti, penjenamaan atau operasi organisasi/entiti tersebut termasuk nama perniagaan, logo dan butiran pendaftaran perniagaan. Entiti sebegini diklasifikasikan sebagai “entiti klon berpotensi” kerana ada persamaan dengan entiti sah dan berisiko tinggi untuk mengelirukan orang ramai.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.