Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemaskini

06 Dis 2023 Notis Umum

Bank telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Syarikat berikut ditambahkan ke dalam senarai:

  1. ASNB Investment (tidak berkaitan dengan Amanah Saham Nasional Berhad)
  2. HSBC Bank Investment (tidak berkaitan dengan HSBC Bank Malaysia Berhad)
  3. Pelaburan Berdaya
  4. Millenium Capital Trading
  5. Top Syariah
  6. RaiseFX
  7. Raise Sea Trading

Senarai akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Untuk melihat senarai yang dikemas kini, klik pada pautan ini: bnm.gov.my/fca


Bank Negara Malaysia
06 Disember 2023

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?