Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemaskini
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.
Syarikat yang berikut telah ditambahkan ke dalam senarai:
- Opai FX
- Aneka Construction Trading
- Al Ihsan Robo Capital
- Al Ihsan
Sila ambil maklum bahawa maklumat terkini berkenaan dengan Skim Pelaburan SMMG dan OctaFX juga telah dikemas kini dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan.
Senarai ini akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Bagi mendapatkan senarai yang telah dikemas kini, sila layari: bnm.gov.my/fca
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.