Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemaskini
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.
Syarikat yang berikut telah ditambahkan ke dalam senarai:
- Wahed Trader Team Investment, Wahed Investment Trader (tidak berkaitan dengan Wahed Technologies Sdn Bhd licensed under Securities Commission Malaysia)
- (AAA) Labur Saham Syariah, (AAA) Asri Ahmad Academy, Salam Mohd Asri Ahmad (SMAA) (tidak berkaitan dengan Asri Ahmad Academy Sdn Bhd)
- MIDF Investment Skim (tidak berkaitan dengan MIDF Amanah Investment Bank Berhad)
- Invest KL Malaysia (tidak berkaitan dengan InvestKL)
Sila ambil maklum bahawa maklumat terkini berkenaan dengan HSBC Bank Investment (tidak berkaitan dengan HSBC Bank Malaysia Berhad) dan ASNB Investment (tidak berkaitan dengan Amanah Saham Nasional Berhad) juga telah dikemas kini dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan.
Senarai ini akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Bagi mendapatkan senarai yang telah dikemas kini, sila layari: bnm.gov.my/fca
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.