Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemaskini
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1830 pada Selasa, 1 Oktober 2024
01 Okt 2024
Notis Umum
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.
Syarikat yang berikut telah ditambahkan ke dalam senarai:
- DDNK Menang Saham (entiti klon berpotensi)
- Mida Pelaburan Malaysia
- Headway
Senarai ini akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Bagi mendapatkan senarai yang telah dikemas kini, sila layari: bnm.gov.my/fca
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!