Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemaskini

28 Mac 2025 Notis Umum

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Syarikat yang berikut telah ditambahkan ke dalam senarai: 

  1. Versa Investment (tidak berkaitan dengan Versa Asia Sdn. Bhd.)
  2. Master Binary
  3. Master Binary Trade
  4. Master Binary Options
  5. Binary Options
  6. Binary Options FX
  7. Sejahtera Invest
  8. Sahabat Invest
  9. Tengku Forex
  10. Global Asia FX
  11. Bold Prime
  12. Fokiyoks

Sila ambil maklum bahawa maklumat terkini berkenaan dengan Invest KL Malaysia (tidak berkaitan dengan InvestKL), HSBC Bank Investment (tidak berkaitan dengan HSBC Bank Malaysia Berhad) dan Headway juga telah dikemas kini dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Senarai ini akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Bagi mendapatkan senarai yang telah dikemas kini, sila layari: bnm.gov.my/fca


Bank Negara Malaysia
28 Mac 2025

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?