Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemaskini
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini mengandungi syarikat dan laman web yang tidak mempunyai kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang dikendalikan oleh BNM. Sila ambil maklum bahawa senarai ini bukan senarai lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang awam berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.
Syarikat-syarikat berikut telah dimasukkan ke dalam senarai:
- CC Advisory (entiti klon berpotensi)
- Tradeview Capital (entiti klon berpotensi)
- Dana Dividen
948 OUD Asset Management (entiti klon berpotensi) - Tips Trader Berjaya
Harvestkorp (IFA) 310 (entiti klon berpotensi) - Rezeki Manusia
Finwealth Group 121 (entiti klon berpotensi) - Pembiayaan Dividen
CAPSRING TEMASIK 186 (entiti klon berpotensi) - Kewangan Bursa
PHILIP MUTUAL BERHAD 210 (entiti klon berpotensi) - Study Sphere
Excellentte Consultancy 507 (entiti klon berpotensi) - Pelaburan Saham Malaysia
YES Financial Group 521 (entiti klon berpotensi) - Kunci Keuntungan Harian
VPW Malaysia 209 (entiti klon berpotensi) - MYKawangan Saham Professional
- Pelaburan Saham Syariah
- Malay Stock Success
- Trader Rezeki Harian
- Cerdik Ilmu Bursa
- Kongsi Kewangan
- Kewangan Melayu
- Invest MelayuHub
- Rezeki Baidu
- Grow Capital
- Saham Bijak
- Smart Halal
- PIII001
- Alpine Advisory (entiti klon berpotensi)
- Newgen Investment (entiti klon berpotensi)
- DGQEX
Syarikat berikut telah dikemas kini dalam senarai sedia ada:
- AHAM Capital Asset Management (entiti klon berpotensi)
Senarai ini akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Untuk melihat senarai yang dikemas kini, sila layari: bnm.gov.my/fca
Nota: Entiti klon berpotensi merujuk entiti yang mungkin menyamar sebagai organisasi atau entiti yang sah dengan tampil seolah-olah asli serta cuba meniru identiti, penjenamaan atau operasi organisasi/entiti tersebut termasuk nama perniagaan, logo dan butiran pendaftaran perniagaan. Entiti sebegini diklasifikasikan sebagai “entiti klon berpotensi” kerana ada persamaan dengan entiti sah dan berisiko tinggi untuk mengelirukan orang ramai.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.