Senarai Amaran Pengguna Kewangan telah dikemaskini

14 Jun 2023 Notis Umum

Bank telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Syarikat berikut ditambahkan ke dalam senarai:

  1. XFOX Market Trust (003280046 - H) dan
  2. XFOX Market Sdn Bhd (1438134 - V)

Senarai akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Untuk melihat senarai yang dikemas kini, sila layari bnm.gov.my/fca.


Bank Negara Malaysia
14 Jun 2023

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?