Sesi Dialog dengan Industri Perbankan

Embargo: Untuk siaran segera
18 Feb 2005 Siaran Akhbar

Pada 17 dan 18 Februari 2005, Bank Negara Malaysia telah mengadakan dialog dengan bank perdagangan, bank Islam, syarikat kewangan dan bank saudagar. Dialog ini dihadiri oleh pengerusi, ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan institusi perbankan. Sesi dialog yang bertemakan "Meraih Peluang dalam Sektor Pertumbuhan Baru – Memupuk Amalan Pemberian Pinjaman Terbaik", menyediakan satu platform kepada institusi perbankan untuk berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan potensi mereka untuk memainkan peranan dalam mempromosi pembangunan aktiviti baru di samping menyokong penggunaan yang mapan dan pertumbuhan yang diterajui pelaburan. Pada masa yang sama, institusi perbankan perlu memastikan pembabitan dalam aktiviti baru tidak akan menyebabkan peningkatan risiko yang tidak wajar dalam sistem perbankan.

Sesi dialog tahunan bagi tahun 2005 berlangsung selama satu hari setengah. Dialog ini tertumpu pada empat sektor yang berpotensi untuk tumbuh, iaitu pembiayaan PKS, pembiayaan kredit mikro, pembiayaan pertanian dan pinjaman pengguna. Beberapa pakar yang terkemuka dari rantau ini menerajui perbincangan dalam sesi dialog tersebut. Perbincangan berkisar pada model perniagaan yang berjaya dan pendekatan yang diterima pakai oleh peneraju dalam bidang ini. Institusi perbankan akan meneroka peluang-peluang dalam sektor pertumbuhan baru ini. Bank Negara Malaysia akan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memudahkan proses bagi institusi perbankan meningkatkan sokongan mereka pada sektor-sektor tersebut, iaitu dari segi pembiayaan dan juga penyediaan perkhidmatan sokongan.


Bank Negara Malaysia
18 Februari 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?