Siasatan Pasukan Petugas Khas Berkenaan Dakwaan Dana Disalurkan Ke Akaun Perdana Menteri
Berhubung pendedahan dalam media yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semua pendedahan itu dipandang serius oleh Pasukan Petugas Khas dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan.
Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri Perdana Menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh Pasukan Petugas Khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan.
Pasukan Petugas Khas juga ingin menegaskan bahawa siasatan berhubung isu 1MDB dijalankan dengan telus, bebas dan profesional.
Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mengendalikan tugas dan fungsi mereka dalam siasatan ini.
TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia
TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ
Gabenor Bank Negara Malaysia
TAN SRI KHALID ABU BAKAR
Ketua Polis Negara Malaysia
TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
10 Julai 2015
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.