Siasatan Pasukan Petugas Khas Berkenaan Dakwaan Dana Disalurkan ke Akaun Perdana Menteri

Embargo: Untuk siaran segera
07 Jul 2015 Siaran Akhbar

KENYATAAN MEDIA

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedahBank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Gabenor Bank Negara Malaysia

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Malaysia

Tan Sri Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

7 Julai 2015

Lihat juga:


Bank Negara Malaysia
07 Julai 2015

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?