Sunshine Empire Sdn. Bhd. Mengaku Bersalah Mengambil Deposit Secara Haram

04 Jun 2010 Siaran Akhbar

Sunshine Empire Sdn. Bhd. yang dituduh di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 kerana menerima deposit daripada pendeposit tanpa mempunyai lesen yang sah di bawah seksyen 6(4) Akta yang sama, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Jun 2010.

Syarikat tersebut mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pengambilan deposit tanpa lesen yang sah di lokasi berikut:

(i) Blok A-11-1 (Tingkat 13) Penthouse, Menara Uncang Emas, 85 Jalan Loke Yew, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara 14 Julai 2006 hingga 17 Oktober 2006; dan

(ii) Tingkat Bawah & Tingkat Satu, Bangunan KUB.com, 12 Jalan Yap Kwan Seng, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara 18 Oktober 2006 hingga 4 April 2008.

Syarikat tersebut yang diwakili oleh pengarahnya, Mohd Azlan Bin Azman, dikenakan denda sebanyak RM1 juta bagi setiap pertuduhan.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyimpan wang atau deposit dengan institusi yang tidak berlesen atau terlibat dengan sebarang bentuk skim cepat kaya bagi mengelak daripada kehilangan wang mereka. Senarai institusi-institusi yang dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berhubung dengan skim kewangan haram dan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia di Laman Sesawang Amaran Penipuan Kewangan (/web/financial-fraud-alert).

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat hubungan berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur

Telefon:
BNMTELELINK: 1-300-88-5465
(Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
atau
E-mel: [email protected]

 


Bank Negara Malaysia
04 Jun 2010

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?