Surat akuan menjadi pentadbir dana yang dibekukan oleh BNM
Berdasarkan maklumat terbaik yang dikumpul oleh BNM sewaktu notis in diterbitkan, BNM ingin memaklumkan orang ramai supaya berhati-hati apabila ditunjukkan dengan mana-mana dokumen yang disenaraikan di bawah.
BNM tidak mempunyai urusan dengan individu atau entiti yang disebut dalam dokumen dan tidak mengesahkan atau menyokong sebarang fakta atau representasi yang dibuat dalam dokumen tersebut.
Penghantar
Al-Basri Holding Sdn. Bhd.
(Ditandatangani oleh Bahani bin Samin)
Tarikh Dokumen
- 17 Oktober 2016
- 28 Disember 2016
- 9 Februari 2017
- 21 Mac 2017
Ringkasan Kandungan
Mereka mendakwa mereka adalah "Penerima Mutlak" yang dilantik untuk "Tabung/Simpanan Harta Raja-Raja Melayu Islam Nusantara dan Pewaris Perbendeharaan Khalifah Al-Mahdi Alaihi Salam" dan telah diamanahkan untuk menguruskan dana berjumlah USD 3,117,802,373,064,338,000.000. dipantau oleh BNM.
Lampiran
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.