Tabung Khas Bank Negara Malaysia - TIKS2, TUB2 dan SDRS

20 Ogo 2015 Notis Umum
Tabung Khas Bank Negara Malaysia - TIKS2, TUB2 dan SDRS Perusahaan  Kecil dan Sederhana (PKS) boleh mendapatkan akses kepada Tabung Khas Bank Negara Malaysia iaitu Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 (TIKS2) dan Tabung Usahawan Baru 2 (TUB2) melalui institusi kewangan peserta pada kadar pembiayaan yang berpatutan.
 
  • Jumlah agregat maksimum sehingga RM5 juta.  
  • Kadar pembiayaan sebanyak 4% -6% setahun untuk tempoh 5 tahun.  
  • Bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan modal kerja.

Permohonan pembiayaan boleh dibuat melalui semua bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan.

PKS yang menghadapi masalah pembiayaan perniagaan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan sedia ada di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (Small Debt Resolution Scheme, SDRS).

Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan lanjut, anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan institusi kewangan peserta masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai TIKS2, TUB2 dan SDRS disediakan di pautan berikut:


Bank Negara Malaysia
20 Ogos 2015

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?