Tandatangan Perjanjian (Heads of Agreement) oleh Bank Negara Malaysia dengan Bank of Thailand dan Bangko Sentral ng Pilipinas berkenaan Sektor Perbankan

Embargo: Untuk siaran segera
14 Mac 2016 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia telah menandatangani dua Perjanjian (Heads of Agreement) dengan Bank of Thailand dan Bangko Sentral ng Pilipinas di bawah Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN pada hari ini. Ini menandakan satu kemajuan penting ke arah membentuk pasaran perbankan yang bersepadu di ASEAN dan mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan serantau. Perjanjian (Heads of Agreement) dengan Thailand dan Filipina tersebut menggariskan bidang yang berkaitan dengan akses pasaran dan fleksibiliti operasi yang mungkin diberikan kepada Bank ASEAN Bertauliah (Qualified ASEAN Banks) di negara masing-masing.
 
Kedua-dua perjanjian telah ditandatangani oleh Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz , Gabenor Bank Negara Malaysia, bersama Veerathai Santiprabhob, Gabenor Bank of Thailand bagi Perjanjian (Heads of Agreement) dengan Bank of Thailand, dan bersama Amando M. Tetangco Jr., Gabenor Bangko Sentral ng Pilipinas bagi Perjanjian (Heads of Agreement) dengan Bangko Sentral ng Pilipinas. 


Bank Negara Malaysia
14 Mac 2016

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?