Tempoh Jualan Bon Simpanan Merdeka Terbitan Keempat Berakhir pada 14 September 2004
Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa tempoh jualan bagi terbitan keempat Bon Simpanan Merdeka (BSM) berjumlah RM500 juta telah berakhir pada 14 September 2004.
Semasa tempoh jualan, Bank Negara Malaysia telah menerima langganan berjumlah RM442 juta daripada 11,651 pelabur. Pemohon yang berjaya serta jumlah yang diperuntukkan akan dimaklumkan oleh bank ejen masing-masing setelah tamatnya proses pengagihan.
Warga emas, anggota tentera yang bersara dan warganegara Malaysia yang telah bersara atas alasan kesihatan masih boleh melanggan BSM terbitan kelima sewaktu tempoh jualan mulai 1 Disember 2004. Saiz dan kadar keuntungan terbitan tersebut akan diumumkan sebelum tarikh terbitan.
Maklumat lanjut mengenai Bon Simpanan Merdeka boleh diperolehi dengan menelefon talian bantuan Bon Simpanan Merdeka di nombor 03-2690 7276/2690 7225 atau 03-26988044, sambungan 8439/ 8712/ 7276/ 7225/ 8623/ 8491/7205 atau dengan melayari laman web di www.bnm.gov.my/bonmerdeka.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.