Tempoh Jualan Bon Simpanan Merdeka Terbitan Kelima Bermula Pada 1 Disember 2004
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Bon Simpanan Merdeka terbitan kelima yang berjumlah RM557 juta akan diterbitkan pada 3 Januari 2005. Bon Simpanan Merdeka diterbitkan berasaskan prinsip Syariah. Bon ini merupakan instrumen simpanan tambahan untuk warga emas, anggota tentera Malaysia yang telah bersara, dan warganegara Malaysia yang telah bersara atas alasan kesihatan (disahkan oleh Lembaga Perubatan).
Mereka yang ingin melanggan bon ini boleh membuat permohonan dalam masa tempoh jualan yang akan bermula dari 1 hingga 22 Disember 2004. Bon ini menawarkan pulangan sebanyak 5 peratus setahun dan pemegang bon diberi fleksibiliti untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang.
Pelaburan minimum bon ini ialah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap pelabur. Bon Simpanan Merdeka ini boleh dilanggani di semua bank perdagangan dan Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad.
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen mereka. Keuntungan akan dibayar melalui akaun pemegang bon di bank ejen masing-masing.
Maklumat lanjut boleh didapati daripada talian bantuan Bon Simpanan Merdeka di:
03-2690 7276, 03-2690 7225, 03-2690 7205 atau
03–2698 8044 sambungan 8439 / 8712 / 7276 / 7225 / 7205 / 8623 / 8491;
pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau dengan melayari laman web www.bnm.gov.my/bonmerdeka.
Ciri-ciri Utama Bon Simpanan Merdeka
| Kekerapan Terbitan |
|
| Saiz Bon |
|
| Jenis Bon |
|
| Tempoh Matang |
|
| Kelayakan |
|
| Keuntungan kepada Pelabur |
|
| Pengecualian Cukai |
|
| Kekerapan Pembayaran Keuntungan kepada Pelabur |
|
| Sijil Bon |
|
| Denominasi |
|
| Tempoh Jualan |
|
| Penebusan |
|
| Pindahmilik dan Serah Hak |
|
| Ejen Bank |
|
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.