Terbitan Bon Simpanan Merdeka 01/2009
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan terbitan Bon Simpanan Merdeka 01/2009 yang berjumlah RM1 bilion pada 18 Mac 2009. Ini ialah terbitan pertama daripada dua siri bon 3 tahun yang akan diterbitkan pada tahun 2009. Setiap siri terbitan bon berjumlah RM1 bilion.
Bon yang akan diterbitkan tanpa skrip dan berlandaskan prinsip Syariah ini merupakan instrumen simpanan tambahan untuk warganegara Malaysia yang berumur 56 tahun dan ke atas. Bon ini juga ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang telah bersara atas alasan kesihatan, tanpa mengira umur.
Pelabur yang layak dan ingin melanggan bon ini boleh membuat permohonan dalam tempoh masa jualan yang akan bermula dari 18 Februari hingga 17 Mac 2009. Bon yang mempunyai tempoh matang selama 3 tahun ini menawarkan pulangan sebanyak 5 peratus setahun dan pemegang bon diberi fleksibiliti untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang.
Pelaburan minimum Bon Simpanan Merdeka 01/2009 ini ialah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM50,000 bagi setiap pelabur. Had ini merupakan agregat pegangan setiap pelabur bagi dua siri Bon Simpanan Merdeka yang diterbitkan pada tahun 2009. Bon Simpanan Merdeka 01/2009 boleh dilanggani di semua bank perdagangan termasuk semua bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agro Bank). Bon ini akan diperuntukkan berdasarkan siapa dulu dia dapat. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen mereka. Keuntungan akan dibayar secara bulanan melalui akaun pemegang bon di bank ejen masing-masing.
Untuk maklumat lanjut tentang Bon Simpanan Merdeka 2009 , sila hubungi Bank Negara Malaysia TELELINK di 1300 88 5465 atau lawati www.bnm.gov.my/bonmerdeka. Ciri-ciri utama Bon Simpanan Merdeka 2009 adalah seperti yang berikut:
Ciri-ciri Utama Bon Simpanan Merdeka 2009
|
Nama bon |
|
|
Tarikh terbitan/Tempoh jualan |
|
|
Peruntukan bon |
|
|
Saiz bon |
|
|
Jenis bon |
|
|
Tempoh matang |
|
|
Keuntungan kepada pelabur |
|
|
Kekerapan pembayaran keuntungan |
|
|
Kelayakan |
|
|
Pegangan minimum |
|
|
Pegangan maksimum |
|
|
Penebusan awal |
|
|
Jenis instrumen |
|
|
Bank ejen |
|
|
P engecualian cukai |
|
|
Pindah milik dan serah hak |
|
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.