Terbitan Bon Simpanan Merdeka 2008
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan terbitan Bon Simpanan Merdeka yang berjumlah RM2 bilion pada 1 April 2008. Bon yang akan diterbitkan tanpa skrip dan berlandaskan prinsip Syariah, merupakan instrumen simpanan tambahan untuk warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas, yang tidak bekerja sepenuh masa.
Mereka yang ingin melanggan bon ini boleh membuat permohonan dalam tempoh masa jualan yang akan bermula dari 3 hingga 31 Mac 2008. Bon yang mempunyai tempoh matang selama 3 tahun ini menawarkan pulangan sebanyak 5% setahun dan pemegang bon diberi fleksibiliti untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang.
Pelaburan minimum bon ini ialah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM50,000 bagi setiap pelabur. Bon Simpanan Merdeka ini boleh dilanggani di semua bank perdagangan termasuk semua bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Bank Pertanian Malaysia. Bon ini akan diperuntukkan berdasarkan siapa dulu dia dapat. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen mereka. Keuntungan akan dibayar melalui akaun pemegang bon di bank ejen masing-masing.
Untuk maklumat lanjut tentang Bon Simpanan Merdeka, sila hubungi Bank Negara Malaysia TELELINK di 1300 88 5465 atau melawat www.bnm.gov.my/bonmerdeka. Ciri-ciri utama Bon Simpanan Merdeka adalah seperti yang berikut:
Ciri-ciri utama Bon Simpanan Merdeka 2008
|
Nama bon |
• Bon Simpanan Merdeka 2008 |
|
Tarikh terbitan |
• 1 April 2008 |
|
Kekerapan terbitan |
• Satu terbitan pada tahun 2008 [ Bon ini akan diterbitkan selanjutnya pada suku yang berikutnya sekiranya terdapat lebihan yang tidak dilanggan] |
|
Peruntukan bon |
• Berdasarkan siapa dulu dia dapat |
|
Saiz bon |
• RM2 bilion |
|
Jenis bon |
• Bon ini diterbitkan berlandaskan prinsip Syariah • Bon ini mempunyai struktur yang sama seperti bon berkupon |
|
Tempoh matang |
• 3 tahun |
|
Keuntungan kepada pelabur |
• 5 % setahun |
|
Kekerapan pembayaran keuntungan |
• Suku tahunan |
|
Kelayakan pembeli |
• Warganegara Malaysia berumur 55 tahun dan ke atas, yang tidak bekerja sepenuh masa |
|
Pegangan minimum |
• Pegangan minimum setiap pelabur ialah RM1,000 pada masa jualan dan pelabur boleh melanggan bon dalam gandaan RM100, contoh RM1,100, RM1,200 dan seterusnya |
|
Pegangan maksimum |
• Pegangan maksimum setiap pelabur ialah RM50,000 pada satu-satu masa (bagi tempoh 2008 hingga 2011) |
|
Penebusan awal |
• Pemegang bon boleh menebus bon pada nilai muka pada atau sebelum tarikh matang, tetapi selepas tarikh pembayaran keuntungan pertama. Pembayaran keuntungan akan dibahagikan berdasarkan pada bilangan hari pegangan bon • Jumlah penebusan minimum yang dibenarkan ialah RM100 • Pemegang bon boleh menebus bon yang dipegang dalam gandaan RM100 |
|
Tempoh jualan |
• 3 to 31 Mac 2008 |
|
Jenis instrumen |
• Tanpa skrip |
|
Bank ejen |
• Semua bank perdagangan termasuk semua bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Bank Pertanian Malaysia |
|
Pengecualian cukai |
• Keuntungan daripada bon dikecualikan daripada cukai |
|
Pindah milik dan serah hak |
• Bon ini tidak boleh diurus niaga, dipindah milik atau diserah hak |
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.