Terbitan Kedua Bon Simpanan Merdeka

Embargo: Untuk siaran segera
26 Feb 2004 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan terbitan kedua Bon Simpanan Merdeka berjumlah RM300 juta pada 1 April 2004. Terbitan ini adalah yang kedua daripada lapan terbitan dari tahun 2004 hingga 2005. Bon Simpanan Merdeka adalah berasaskan prinsip Syariah. Bon ini akan menyediakan instrumen tambahan bagi simpanan untuk warga emas yang tidak bekerja secara sepenuh masa dan juga anggota Tentera Malaysia yang telah bersara.

Mereka yang ingin melanggan bon boleh membuat permohonan sewaktu tempoh jualan yang bermula dari 1 hingga 30 Mac 2004. Bon ini menawarkan pulangan sebanyak 5 peratus setahun dan pemegang bon diberi kelonggaran untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang.

Pelaburan minimum bon ini ialah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap pelabur. Bon Simpanan Merdeka ini boleh dilanggani di semua bank perdagangan dan Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen mereka. Keuntungan akan dibayar melalui akaun pemegang bon di bank ejen masing-masing.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada talian bantuan di 03-26907276/ 26907225 atau 03–26988044 sambungan 8439/8712 atau melayari laman web www.bnm.gov.my/bonmerdeka.

Ciri-ciri Utama Bon Simpanan Merdeka Siri 02/2004

 

 

Kekerapan Terbitan
  • Terbitan berkala sepanjang tahun 2004 dan 2005
  • Tarikh terbitan kedua pada 1 April 2004
  • Terbitan seterusnya dalam tahun 2004 adalah pada 1 Julai dan 1 Oktober. Perincian bagi tahun 2005 akan dimaklumkan kemudian.
Saiz Bon
  • Saiz bagi terbitan kedua ialah RM300 juta
  • Saiz bagi terbitan berikutnya akan diumumkan sebelum tarikh terbitan bagi setiap keluaran
Jenis Bon
  • Bon yang diterbitkan berasaskan prinsip-prinsip Syariah
  • Bon ini mempunyai struktur yang sama dengan bon kupon
Tempoh Matang
  • Tempoh matang setiap terbitan adalah 2 tahun
Kelayakan
  • Warga Emas berumur 55 tahun ke atas dan tidak bekerja sepenuh masa
  • Anggota Tentera Malaysia yang telah besara secara mandatori dan tidak bekerja sepenuh masa
  • Pemohon tidak disabitkan sebagai muflis pada semasa tempoh jualan
Keuntungan kepada Pelabur
  • 5% setahun
  • Keuntungan bagi terbitan berikutnya akan di umumkan dua bulan sebelum tarikh terbitan
Pengecualian Cukai
  • Keuntungan dari bon ini adalah dikecualikan daripada pembayaran cukai
Kekerapan Pembayaran Keuntungan kepada Pelabur
  • Suku tahunan
  • Keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemegang bon dengan ejen bank masing-masing
Sijil Bon
  • Sijil bon akan diterbitkan di atas nama pemegang bon ini
Denominasi
  • Denominasi minimum bagi setiap sijil ialah RM1,000
  • Pegangan maksimum setiap pelabur ialah RM100,000 pada sesuatu masa sepanjang tempoh bon
  • Sijil-sijil akan dikeluarkan dalam gandaan RM100 dengan jumlah maksimum lima sijil bagi seorang pelabur setiap isu
Tempoh Jualan
  • Pelabur-pelabur boleh memohon untuk mendapatkan bon ini di sepanjang tempoh jualan selama sebulan dari tarikh setiap terbitan
  • Tempoh jualan bagi terbitan yang pertama ialah dari 1 hingga 30 Mac 2004
  • Tempoh jualan selanjutnya bagi tahun 2004 ialah dari 1 hingga 30 Jun dan 1 hingga 30 September
Penebusan
  • Pemegang bon boleh menebus bon pada nilai muka pada atau sebelum tarikh matang, tetapi tidak lebih awal dari tarikh pembayaran keuntungan pertama bagi setiap terbitan. Pembayaran keuntungan akan dibahagikan berdasarkan jumlah hari pegangan bon ini
Pindahmilik dan Serah Hak
  • Bon ini tidak boleh di urusniaga, di pindahmilik atau diserah hak
Ejen Bank
  • ABN AMRO Bank Berhad
  • Affin Bank Berhad
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • AmBank Berhad
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad.
  • Bangkok Bank Berhad
  • Bank of America Malaysia Berhad
  • Bank of China (M) Berhad
  • Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Berhad
  • Bumiputera-Commerce Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
  • EON Bank Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • HSBC Bank Malaysia Berhad
  • J.P. Morgan Chase Bank Berhad
  • Malayan Banking Berhad
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Southern Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  • The Bank of Nova Scotia Berhad
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
  • Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad

 


Bank Negara Malaysia
26 Februari 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?