Terbitan Keempat Bon Simpanan Merdeka

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1600 pada Jumaat, 20 Ogos 2004
20 Ogo 2004 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan terbitan keempat Bon Simpanan Merdeka berjumlah RM500 juta pada 1 Oktober 2004. Bon Simpanan Merdeka diterbitkan berasaskan prinsip Syariah. Bon ini merupakan instrumen simpanan tambahan untuk warga emas, anggota Tentera Malaysia yang telah bersara, dan warganegara Malaysia yang telah bersara atas alasan kesihatan (disahkan oleh Lembaga Perubatan).

Mereka yang ingin melanggan bon ini boleh membuat permohonan sewaktu tempoh jualan yang akan bermula dari 1 hingga 14 September 2004. Bon ini menawarkan pulangan sebanyak 5 peratus setahun dan pemegang bon diberi kelonggaran untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang.

Pelaburan minimum bon ini ialah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap pelabur. Bon Simpanan Merdeka ini boleh dilanggani di semua bank perdagangan dan Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen mereka. Keuntungan akan dibayar melalui akaun pemegang bon di bank ejen masing-masing.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada talian bantuan Bon Simpanan Merdeka di 03-2690 7276, 03-2690 7225, 03-2690 7205 atau 03–2698 8044 sambungan 8439 / 8712 / 7276 / 7225 / 7205 / 8623 / 8491 pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau dengan melayari laman web www.bnm.gov.my/bonmerdeka. Ciri-ciri utama Bon Simpanan Merdeka adalah seperti berikut:

Ciri-ciri Utama Bon Simpanan Merdeka

Kekerapan Terbitan
  • Terbitan berkala sepanjang tahun 2004.
  • Tarikh terbitan keempat pada 1 September 2004.
  • Terbitan bagi tahun 2005 akan dimaklumkan kemudian.
Saiz Bon
  • Saiz bagi terbitan keempat ialah RM500 juta.
  • Saiz bagi terbitan berikutnya akan diumumkan sebelum tarikh terbitan bagi setiap keluaran.
Jenis Bon
  • Bon ini diterbitkan berasaskan prinsip-prinsip Syariah.
  • Bon ini mempunyai struktur yang sama dengan bon kupon.
Tempoh Matang
  • Tempoh matang setiap terbitan adalah 2 tahun.
Kelayakan
  • Warga Emas berumur 55 tahun ke atas dan tidak bekerja sepenuh masa.
  • Anggota Tentera Malaysia yang telah bersara secara mandatori dan tidak bekerja sepenuh masa.
  • Individu yang terpaksa bersara atas alasan kesihatan (disahkan oleh Lembaga Perubatan), tanpa mengira umur dan tidak bekerja sepenuh masa.
  • Pemohon tidak disabitkan sebagai seorang muflis.
Keuntungan kepada Pelabur
  • 5% setahun.
Pengecualian Cukai
  • Keuntungan daripada bon ini adalah dikecualikan daripada cukai.
Kekerapan Pembayaran Keuntungan kepada Pelabur
  • Suku tahunan.
  • Keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemegang bon di bank ejen masing-masing.
Sijil Bon
  • Sijil bon akan diterbitkan di atas nama pemegang bon.
Denominasi
  • Denominasi minimum bagi setiap sijil ialah RM1,000.
  • Pegangan maksimum jumlah bon setiap pelabur ialah RM100,000 pada sesuatu masa (sepanjang tempoh 2004 – 2005)
  • Sijil-sijil akan dikeluarkan dalam gandaan RM100 tertakluk kepada maksimum lima sijil bagi seorang pelabur setiap terbitan.
Tempoh Jualan
  • Tempoh jualan bagi terbitan yang keempat ialah dari 1 hingga 14 September 2004.
Penebusan
  • Pemegang bon boleh menebus bon pada nilai muka pada atau sebelum tarikh matang, kecuali sebelum tarikh pembayaran keuntungan pertama bagi setiap terbitan. Pembayaran keuntungan akan dibahagikan berdasarkan jumlah hari pegangan bon.
Pindahmilik dan Serah Hak
  • Bon ini tidak boleh diurusniaga, dipindahmilik atau diserah hak.
Ejen Bank
  • ABN AMRO Bank Berhad
  • Affin Bank Berhad
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • AmBank Berhad
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad.
  • Bangkok Bank Berhad
  • Bank of America Malaysia Berhad
  • Bank of China (M) Berhad
  • Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Berhad
  • Bumiputera-Commerce Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
  • EON Bank Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • HSBC Bank Malaysia Berhad
  • J.P. Morgan Chase Bank Berhad
  • Malayan Banking Berhad
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Southern Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  • The Bank of Nova Scotia Berhad
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
  • Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad

Bank Negara Malaysia
20 Ogos 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?