Terbitan Ketiga Bon Simpanan Merdeka
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan terbitan ketiga Bon Simpanan Merdeka berjumlah RM500 juta pada 1 Julai 2004. Terbitan ini adalah yang ketiga daripada lapan terbitan dari tahun 2004 hingga 2005. Bon Simpanan Merdeka diterbitkan berasaskan prinsip Syariah. Bon ini merupakan instrumen simpanan tambahan untuk warga emas, anggota Tentera Malaysia yang telah bersara, dan warganegara Malaysia yang telah bersara atas alasan kesihatan (disahkan oleh Lembaga Perubatan).
Mereka yang ingin melanggan bon ini boleh membuat permohonan sewaktu tempoh jualan yang akan bermula dari 3 hingga 17 Jun 2004. Bon ini menawarkan pulangan sebanyak 5 peratus setahun dan pemegang bon diberi kelonggaran untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang.
Pelaburan minimum bon ini ialah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap pelabur. Bon Simpanan Merdeka ini boleh dilanggani di semua bank perdagangan dan Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad.
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen mereka. Keuntungan akan dibayar melalui akaun pemegang bon di bank ejen masing-masing.
Maklumat lanjut boleh didapati daripada talian bantuan Bon Simpanan Merdeka di 03-2690 7276, 03- 2690 7225 atau 03-2698 8044 sambungan 8439 / 8712 / 7276 / 7225 / 7205 / 8623 / 8491 pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau dengan melayari laman web www.bnm.gov.my/bonmerdeka. Ciri-ciri utama Bon Simpanan Merdeka adalah seperti berikut:
Ciri-ciri Utama Bon Simpanan Merdeka
| Kekerapan Terbitan |
|
| Saiz Bon |
|
| Jenis Bon |
|
| Tempoh Matang |
|
| Kelayakan |
|
| Keuntungan kepada Pelabur |
|
| Pengecualian Cukai |
|
| Kekerapan Pembayaran Keuntungan kepada Pelabur |
|
| Sijil Bon |
|
| Denominasi |
|
| Tempoh Jualan |
|
| Penebusan |
|
| Pindahmilik dan Serah Hak |
|
| Ejen Bank |
|
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.