Terbitan Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009

Kementerian Kewangan mengumumkan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 berjumlah RM2.5 bilion pada 14 Mei 2009. Ini ialah terbitan pertama daripada dua siri sukuk 3 tahun yang akan diterbitkan pada tahun 2009. Setiap siri terbitan sukuk berjumlah RM2.5 bilion. Bank Negara Malaysia telah dilantik untuk menerbitkan sukuk ini bagi pihak Kerajaan.
Sukuk yang akan diterbitkan tanpa skrip dan berlandaskan prinsip Syariah ini merupakan instrumen pelaburan tambahan untuk warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas. Sukuk yang berjumlah RM2.5 billion ini mempunyai tempoh matang selama 3 tahun. Sukuk ini menawarkan pulangan sebanyak 5 peratus setahun dan pemegang sukuk diberikan fleksibiliti untuk membuat penebusan awal sebelum tarikh matang.
Pelabur yang layak dan ingin melanggan sukuk ini boleh membuat permohonan dalam tempoh masa jualan yang akan bermula dari 14 April hingga 13 Mei 2009.
Pelaburan minimum Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 ini ialah RM1,000 dengan pelaburan maksimum sebanyak RM50,000 bagi setiap pelabur. Agregat pegangan maksimum bagi setiap pelabur untuk dua siri Sukuk Simpanan Rakyat 2009 yang diterbitkan ialah RM50,000. Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 boleh dilanggani di semua bank perdagangan termasuk semua bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Agrobank. Sukuk ini akan diperuntukkan berdasarkan siapa dulu dia dapat. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen mereka. Keuntungan akan dibayar setiap suku tahunan melalui akaun pemegang sukuk di bank ejen masing-masing.
Untuk maklumat lanjut tentang Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009, sila hubungi Bank Negara Malaysia TELELINK di 1300 88 5465 atau lawati www.treasury.gov.my dan www.bnm.gov.my/sukuksimpanan. Ciri-ciri utama Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 adalah seperti yang berikut:
Ciri-ciri Utama Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009
|
Nama sukuk |
|
|
|
|
|
Peruntukan sukuk |
|
|
Saiz sukuk |
|
|
Jenis sukuk |
|
|
Keuntungan kepada pelabur |
|
|
Kekerapan pembayaran keuntungan |
|
|
Tempoh matang |
|
|
Kelayakan |
|
|
Pegangan minimum |
|
|
Pegangan maksimum |
|
|
Penebusan awal |
|
|
Tempoh jualan |
|
|
Jenis instrumen |
|
|
Bank ejen |
|
|
Pengecualian cukai |
|
|
Pindah milik dan serah hak |
|
Kementerian Kewangan Malaysia
7 April 2009
Lihat Juga:
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.