Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang Secara Haram di Sarawak
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi orang ramai terhadap kemungkinan risiko kewangan apabila berurusan dengan entiti tidak berlesen di negara ini, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat serbuan ke lapan (8) premis di pelbagai lokasi di Sarawak. Serbuan pada 28 November 2023 telah dibuat terhadap premis entiti yang disasarkan kerana disyaki menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen yang sah daripada BNM serta mungkin terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram. Entiti tersebut adalah seperti yang berikut:
|
Nama |
Bandar |
|---|---|
|
999 Mobile Enterprise/H7 Telco |
Sibu |
|
Golden One Enterprise |
Sibu |
|
MK-MKH Telecommunication Sdn. Bhd. |
Mukah |
|
Junlong Mobile Services |
Selangau |
|
Happy Phone Services/Selangau Mobile Phone Centre |
Selangau |
|
Fook Ann Mobile |
Bekenu |
|
Shin Hin Electronic Service/Kedai Emas Shin Hin |
Batu Niah |
|
Hin Trading Company |
Batu Niah |
Entiti-entiti ini disiasat di bawah Subseksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Money Services Business Act, MSBA). Mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 4(1) MSBA boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
BNM ingin mengingatkan orang ramai bahawa menjadi satu kesalahan untuk mengendalikan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen yang sah daripada BNM. Senarai perniagaan perkhidmatan wang berlesen boleh didapati melalui laman sesawang BNM di bnm.gov.my/licensed-msb-operators. Orang ramai disaran untuk hanya berurusan dengan perniagaan perkhidmatan wang berlesen bagi melindungi kepentingan kewangan mereka dan digalakkan untuk melaporkan sebarang entiti yang tidak berlesen kepada BNM menerusi:
Borang dalam talian BNMLINK | Live Chat | Telefon: 1-300-88-5465 atau +603-2174-1717 (Luar Negara)
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.