Unit Khas Industri Kecil dan Sederhana

Embargo: Untuk siaran segera
19 Mei 2003 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia mengumumkan penubuhan Unit Khas Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Bank Negara Malaysia. Unit Khas ini bertujuan membantu syarikat IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan. Walaupun sistem perbankan merupakan penyedia utama pembiayaan kepada IKS, terdapat sumber-sumber pembiayaan alternatif termasuk daripada institusi kewangan pembangunan, dan pelbagai dana khas yang disediakan oleh Kerajaan.

Unit Khas IKS ini bertujuan membantu syarikat IKS dalam aspek berikut:

 

  • Memberi maklumat mengenai pelbagai sumber pembiayaan yang sedia ada untuk IKS;
  • Membantu IKS dalam proses permohonan pinjaman;
  • Membantu syarikat IKS yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan; dan
  • Menyedia khidmat nasihat berhubung lain-lain keperluan kewangan IKS.
Unit Khas ini adalah satu daripada usaha berterusan untuk memastikan akses kepada pembiayaan bagi IKS yang berdaya maju. Syarikat IKS yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Unit Khas ini di antara jam 0900 hingga 1700 di:

Nombor telefon:
03–2693 2330, 03–2691 4570, 03-2691 6539, 03-2691 3764, 03-2691 6971, 03-2691 3486, 03-2698 0157

Nombor faksimili:
03 – 2691 6954, 03-2698 6705, 03-2691 7052

Unit Khas ini mula beroperasi pada 20 Mei 2003.


Bank Negara Malaysia
19 Mei 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?