Wang Kertas Baharu Mencukupi

Embargo: Untuk siaran segera
10 Ogo 2012 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bekalan wang kertas baharu adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan semasa musim perayaan bagi tujuan pembayaran dan transaksi perniagaan.
 
Semua bank perdagangan dikehendaki memastikan cawangan mereka mempunyai bekalan wang kertas yang mencukupi untuk memenuhi permintaan orang ramai. 
 
Orang ramai yang mempunyai sebarang kesukaran untuk mendapatkan wang kertas baharu boleh menghubungi talian penting 03-26907613; 03-26988044 samb. 7402/8658 atau menghantar e-mel kepada [email protected]


Bank Negara Malaysia
10 Ogos 2012

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?