Penerbitan Utama BNM 2025

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab BNM bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, tiga laporan diterbitkan. Laporan Tahunan BNM memperincikan peranan dan fungsinya dan bagaimana BNM melaksanakan mandat dan tanggungjawabnya. Tinjauan Ekonomi & Monetari bertumpu kepada penilaian dan unjuran ekonomi oleh Bank. Manakala Tinjauan Kestabilan Kewangan yang diterbitkan dua kali setahun memperincikan penilaian risiko oleh BNM terhadap kestabilan kewangan. 

Ringkasan eksekutif ketiga-tiga laporan tersebut disediakan dalam siaran akhbar.

Lihat juga:


Sorotan Terpilih

Prakata Laporan Tahunan 2024

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dan inflasi yang sederhana pada tahun 2024. Pertumbuhan ini dicapai meskipun terdapat cabaran dan peluang yang ketara, serta episod ketidaktentuan pasaran kewangan global yang meningkat dan berterusan pada sepanjang tahun. Ketidaktentuan ini dipengaruhi oleh peralihan jangkaan mengenai pergerakan kadar faedah global, kebimbangan berterusan mengenai tekanan inflasi dan peningkatan ketegangan geopolitik.

Kewangan Bank pada 31 Disember 2024

Bank Negara Malaysia (BNM) membiayai sendiri operasi hariannya melalui pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan dalam rizab antarabangsa negara dan operasi am BNM yang lain. Bagi melaksanakan mandatnya dengan berkesan, BNM komited untuk bertanggungjawab, berhemat dan berdisiplin dalam menguruskan kewangan untuk memastikan BNM mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Prakata Tinjauan Ekonomi & Monetari 2024

Ekonomi Malaysia mengatasi unjuran awal dan menunjukkan daya tahan yang ketara dalam keadaan ketidaktentuan global pada tahun 2024. Pertumbuhan yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 5.1% dicapai berbanding dengan 3.6% pada tahun 2023. Prestasi ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pertumbuhan pelaburan tertinggi dalam sedekad, di samping eksport yang lebih baik dan pengembangan berterusan dalam perbelanjaan isi rumah. Dalam pasaran pertukaran asing (foreign exchange, FX), walaupun perkembangan luaran menyebabkan volatiliti pada awal tahun, ringgit meningkat semula berikutan prestasi ekonomi dalam negeri yang kukuh dan pelonggaran dasar monetari oleh Federal Reserve Amerika Syarikat.

Ringkasan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2024

Pasaran kewangan global mengalami volatiliti yang ketara menjelang akhir tahun 2024 dan keadaan ini dijangka berterusan pada tahun 2025. Situasi ini didorong oleh ketidakpastian yang berterusan mengenai dasar monetary dan perdagangan global serta perkembangan geopolitik. Tekanan pasaran domestik terus mencerminkan perkembangan luaran ini, dengan Indeks Tekanan Pasaran Kewangan (Financial Market Stress Index, FMSI) kekal pada paras yang tinggi berbanding dengan separuh pertama tahun 2024. Walau bagaimanapun, keadaan  kewangan domestik kekal teratur dengan pengantaraan aliran dua hala yang berkesan dalam pasaran bon dan ekuiti.


Sorotan Penting

Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2024

Tinjauan Kestabilan Kewangan ST2 2024


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?