Lain-lain

Program Biasiswa Bank Negara Malaysia 2019 / 2020 Membentuk Generasi Terbaik Negara

Bank Negara Malaysia komited untuk mencungkil dan memupuk bakat muda Malaysia melalui program biasiswa yang ditawarkan. Penerima biasiswa berpeluang memperoleh pengalaman pembelajaran terbaik di universiti-universiti terkemuka berdasarkan senarai universiti yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang dan Sains Komputer.

Bank Negara Malaysia menawarkan tiga (3) jenis program biasiswa seperti berikut:

A. Biasiswa Kijang
(Permohonan dibuka dari 16 Mac hingga 29 Mac 2019)

Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat prauniversiti.

Calon mestilah memenuhi syarat minimum berikut:

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM 2018.

  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2019.

Penajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda adalah tertakluk kepada pemenuhan kriteria yang ditetapkan dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

B. Biasiswa Prasiswazah
(Permohonan dibuka dari 16 Mac hingga 15 April 2019)

Biasiswa Prasiswazah dianugerahkan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan, sama ada telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian di peringkat prasiswazah.

Calon mestilah memenuhi syarat minimum berikut:

  • STPM / A-Level – memperoleh sekurang-kurangnya 3A; atau

  • Diploma / Matrikulasi – memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50; atau

  • South Australian Matriculation – memperoleh ATAR sekurang-kurangnya 85%; atau

  • American Foundation Program – memperoleh skor SAT1 sekurang-kurangnya 1200; atau

  • Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian prasiswazah – memperoleh PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.50.

  • Lulus SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kredit, termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2019.

  • Telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian atau sedang mengikuti pengajian di peringkat prasiswazah pada tahun 2019 di universiti-universiti terkemuka berdasarkan senarai universiti yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

C. Biasiswa Pascasiswazah
(Permohonan dibuka dari 16 Mac hingga 15 April 2019)

Biasiswa Pascasiswazah dianugerahkan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan, sama ada telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah.

Calon mestilah memenuhi syarat minimum berikut:

  • Memperoleh Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana Kelas Pertama (Kepujian) daripada universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf.

  • Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada 1 Julai 2019.

  • Lulus SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kredit, termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

  • Telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian atau sedang mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah pada tahun 2019 di universiti-universiti terkemuka berdasarkan senarai universiti yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Syarat tambahan termasuk:

  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerja dalam pasukan yang cemerlang serta pencapaian yang membanggakan dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.

  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang luar biasa.

Individu yang memenuhi syarat minimum yang ditetapkan dikehendaki mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi penilaian.