INOVASI DALAM SEKTOR KEWANGAN MALAYSIA

 

Bagaimanakah BNM mendorong inovasi bertanggungjawab di Malaysia?

 

Kami menggalakkan inovasi yang memberikan nilai sebenar kepada ekonomi sambil mengekalkan kestabilan kewangan dan kepercayaan orang ramai.

v
TERUSKAN SKROL

01 | PERNYATAAN GABENOR

 

"Bagi Malaysia, inovasi yang bertanggungjawab bermaksud menangani cabaran ekonomi dan kepentingan awam sebenar yang dihadapi oleh negara.. Pada masa yang sama, inovasi yang bertanggungjawab arus mengambil kira risiko yang berkaitan.. Seiring dengan manfaat yang dijanjikan, inovasi yang bertanggungjawab perlu menjangkakan dan mengurangkan risiko yang mungkin muncul."

 
Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour, Governor of Bank Negara Malaysia

Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour
Gabenor, Bank Negara Malaysia
MyFinTech Week 2025

02 | PENDEKATAN DALAM PENGAWALSELIAAN INOVASI

 

Memacu inovasi secara bertanggungjawab.

Menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab serta mewujudkan persekitaran persaingan yang adil dalam sektor kewangan, berpandukan prinsip pengawalseliaan.

Parity - Equal regulatory treatment for equal risk

Kesetaraan

Proportionality - Calibrated regulatory oversight based on scale and risk

Keseimbangan

Neutrality - Technology-agnostic regulatory stance

Keberkecualian

Kami melaksanakan prinsip pengawalseliaan kami dengan memberikan tumpuan kepada pendekatan berikut:

Kerjasama dan Libat Urus 

Kami bekerjasama dengan industri untuk mengenal pasti isu-isu baharu lebih awal, menguji kes penggunaan bernilai tinggi dan secara kolektif membentuk masa depan inovasi kewangan

Penyesuaian Pengawalseliaan untuk Inovasi

Kami berusaha menyediakan kejelasan dalam pengawalseliaan dan menyesuaikan rangka kerja bagi menggalakkan inovasi sambil memelihara kestabilan, kepercayaan dan integriti kewangan

Pengujian Inovasi
yang Selamat

Kami menyediakan laluan yang tersusun bagi membolehkan idea baharu diuji secara bertanggungjawab, sekali gus menyokong inovasi dalam persekitaran yang terkawal.

Pembangunan Infrastruktur Bersama

Kami menyokong pembangunan infrastruktur bersama yang membolehkan inovasi saling beroperasi, diperluas dan menghasilkan nilai merentas sistem (cth. Kewangan Terbuka, Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali)

03 | INISIATIF KERJASAMA DAN LIBAT URUS

 

Membentuk masa depan kewangan bersama.

Inovasi hari ini semakin bersifat merentas sektor dan sempadan, didorong oleh model perniagaan yang berkembang pesat. Kerjasama erat antara pengawal selia dengan industri diperlukan untuk mengharungi landskap yang semakin kompleks ini. 

Digital Assets and Innovation Hub (DAIH) launch event
Kumpulan Kerja Industri

BNM menubuhkan beberapa kumpulan kerja industri yang menghimpunkan institusi kewangan serta pihak berkepentingan lain untuk mencorakkan secara kolektif pembangunan inovasi dalam sektor kewangan. Semua platform ini menyokong pembinaan keupayaan, menggalakkan kerjasama dan membolehkan pandangan industri dipertimbangkan secara bermakna dalam perumusan dasar serta pertimbangan pengawalseliaan.

Antara inisiatif utama termasuk:

Kumpulan Kerja Industri Tokenisasi Aset
Inisiatif sulung di bawah Hab Inovasi Aset Digital memudahkan penerokaan kolektif tokenisasi aset dalam kalangan Penyedia Perkhidmatan Kewangan.
 

Driving Responsible AI Adoption conference by AICB and BNM
Amalan Terbaik dan Garis Panduan

BNM menyokong pembangunan garis panduan dan amalan terbaik yang diterajui oleh industri serta dibangunkan secara kolaboratif oleh peserta pasaran. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan piawaian yang konsisten, memperkukuh kapasiti industri dan menyokong inovasi bertanggungjawab.

Antara inisiatif utama termasuk:

Rangka Kerja Tadbir Urus AI
Industri perbankan baru-baru ini memperkenalkan AI Governance Framework (AIGF), garis panduan dan amalan terbaik yang diterajui oleh industri bagi menguruskan risiko berkaitan AI. Inisiatif ini diketuai oleh Chief Risk Officers Forum di bawah Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dengan sokongan BNM.

Sasana Symposium innovation panel
Acara Perdana

Sebagai sebahagian daripada usaha libat urus yang lebih menyeluruh dengan ekosistem kewangan, BNM bersama industri, ahli akademik dan orang ramai menganjurkan acara yang menggalakkan dialog, perkongsian pemahaman dan kerjasama menghasilkan penyelesaian yang relevan untuk masa hadapan.

Antara inisiatif utama termasuk:

MyFintech Week merupakan acara fintech perdana Malaysia yang menghimpunkan pengawal selia, pemimpin industri dan penginovasi yang dianjurkan bersama oleh BNM dan rakan ekosistem utama bagi meneroka hala tuju masa depan kewangan dan teknologi.
MyFintech Week 2025

Sasana Symposium ialah forum tahunan yang menampilkan pakar dan pemimpin pemikiran bagi membincangkan isu-isu ekonomi dan kewangan semasa yang dihadapi Malaysia.
Sasana Symposium 2026

04 | PENYESUAIAN PENGAWALSELIAAN UNTUK INOVASI-  BIDANG TUMPUAN

 

Menerokai masa depan kewangan.

Seiring dengan perkembangan sektor kewangan, kemunculan teknologi baharu membuka pelbagai peluang dan menimbulkan risiko baharu. Kami secara aktif menerokai bidang-bidang ini bagi memperkukuh pemahaman, menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab dan memastikan pendekatan pengawalseliaan kami kekal berkesan dan sepadan dengan risiko yang dihadapi.

05 | PENGUJIAN INOVASI YANG SELAMAT

 

Daripada inovasi kepada pengujian dunia sebenar.

Inovasi berkembang melalui eksperimen, manakala kepercayaan bergantung pada perlindungan yang kukuh. Program sandbox kami menyediakan laluan berstruktur untuk menguji idea baharu secara bertanggungjawab, seterusnya menyokong inovasi tanpa menjejaskan integriti dan kestabilan sistem kewangan.

 
Financial Technology Enabler Group (FTEG)

Sandbox Pengawalseliaan Teknologi Kewangan

Sandbox memudahkan pengujian langsung penyelesaian kewangan inovatif yang dilaksanakan dengan kelonggaran pengawalseliaan yang diberikan oleh BNM. Terdapat dua laluan utama yang disediakan iaitu Laluan Standard untuk semua kategori jenis peserta dan Green Lane yang merupakan laluan dipercepatkan untuk institusi kewangan.

BNM Regulatory Sandbox framework

Hab Inovasi Aset Digital

Hab Inovasi Aset Digital (Digital Asset Innovation Hub, DAIH) ditubuhkan pada tahun 2025 untuk menggalakkan inovasi bertanggungjawab dalam aset digital, sekali gus menyokong pendigitalan sektor kewangan dan ekonomi Malaysia secara lebih meluas. Hab ini berfungsi sebagai platform kolaboratif untuk penciptaan bersama dan pembinaan keupayaan, lantas membolehkan penerokaan teknologi rantaian blok bagi aplikasi kewangan dunia nyata.

Soalan Lazim

 

1. Apakah perbezaan utama antara Sandbox Pengawalseliaan dengan DAIH?
  • Sandbox Pengawalseliaan terbuka secara umum kepada institusi kewangan, syarikat fintech dan pihak baharu yang ingin menguji penyelesaian kewangan inovatif yang menghadapi halangan pengawalseliaan.  
  • Sandbox DAIH pula lebih tertumpu pada penyelesaian aset digital dan teknologi rantaian blok, serta berfungsi sebagai platform penciptaan bersama dan bukan sekadar inisiatif pengujian semata-mata. Berbeza daripada Sandbox Pengawalseliaan, penyertaan dalam DAIH tidak memerlukan sebarang halangan pengawalseliaan sebagai prasyarat.
2. Bagaimanakah saya boleh menentukan program yang sesuai untuk penyelesaian saya?

Pemilihan Sandbox yang sesuai bergantung kepada teknologi teras dan kes penggunaan penyelesaian anda:

  • Sandbox Pengawalseliaan: Program ini sesuai jika penyelesaian anda memberikan tumpuan pada peningkatan atau pengujian aktiviti perkhidmatan kewangan, tanpa mengira asas teknologi yang digunakan. Program ini merangkumi pelbagai inovasi seperti model anggaran pendapatan, penyelesaian pematuhan dan automasi proses dalam sektor kewangan.
  • DAIH: Program ini direka khusus untuk penyelesaian yang berasaskan aset digital atau teknologi rantaian blok. Sandbox DAIH ialah pilihan yang lebih sesuai jika penyelesaian anda melibatkan deposit token, stablecoin yang disokong ringgit, pembiayaan rantaian bekalan berasaskan lejar teragih atau aplikasi kewangan berasaskan rantaian blok yang lain.
3. Bagaimanakah cara memohon program Sandbox ini?

Sandbox Pengawalseliaan
Proses permohonan untuk Sandbox Standard dan Green Lane boleh didapati pada  Sandbox: Panduan Permohonan - Bank Negara Malaysia. . Hanya permohonan yang dikemukakan mengikut langkah-langkah yang ditetapkan akan dipertimbangkan untuk penilaian.

DAIH
Pemohon boleh mengemukakan minat dan/atau cadangan kepada  [email protected]

4. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program sandbox ini?

Sandbox Pengawalseliaan
Untuk maklumat lanjut: Financial Technology Regulatory Sandbox
Hubungi kami: [email protected]  

DAIH
Untuk maklumat lanjut: Digital Asset Innovation Hub
Hubungi kami: [email protected]  

06 | KELUARAN TERKINI

 

Perkembangan terkini tentang inovasi.

Draf Dedahan   Nov 2025

Draf Dedahan Mengenai Kewangan Terbuka

Menggariskan keperluan pengawalseliaan yang dicadangkan oleh BNM untuk kewangan terbuka sebagai rangka kerja asas bagi memudahkan perkongsian maklumat pelanggan yang didorong persetujuan merentas sektor kewangan secara selamat, saling kendali dan tepat pada masanya.

Kertas Perbincangan Okt 2025

Kertas Perbincangan Mengenai Tokenisasi Aset dalam Sektor Kewangan Malaysia

Menggariskan pendekatan yang dicadangkan oleh BNM dalam meneroka tokenisasi aset, bertujuan untuk membentuk hala tuju yang selamat dan mampan bagi pembangunan perkhidmatan kewangan berasaskan token di Malaysia.

Kertas Perbincangan   Ogos 2025

Kertas Perbincangan mengenai Kecerdasan Buatan dalam Sektor Kewangan Malaysia

Menggariskan pendekatan pengawalseliaan dan pembangunan BNM terhadap penggunaan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) dalam sektor kewangan Malaysia, dengan fokus kepada penggunaan AI secara bertanggungjawab bagi meningkatkan hasil pengguna dan objektif dasar yang lebih luas.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu?