Kalendar Mesyuarat MPC
Nota:
1 Mulai bulan Julai 2016, Pernyataan Dasar Monetari (Monetary Policy Statement, MPS) akan disiarkan pada pukul 3.00 petang pada hari yang sama Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari diadakan. Sebelum ini, MPS disiarkan pada pukul 6.00 petang pada hari yang sama Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari diadakan.
2 Ahli-ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) mematuhi tempoh cegah siar (blackout period) yang bermula 10 hari sebelum hari pengumuman keputusan dasar monetari. Tempoh cegah siar ini berakhir apabila Pernyataan Dasar Monetari diterbitkan. Amalan ini bertujuan
untuk mengelakkan daripada jangkaan pasaran dipengaruhi secara tidak sengaja berhubung dengan keputusan dasar monetari yang akan dibuat oleh MPC. Dalam tempoh ini, ahli-ahli MPC tidak dibenarkan berkomunikasi dalam sebarang bentuk dengan media dan pihak lain (seperti penganalisis dan peserta pasaran kewangan) mengenai apa-apa perkara yang boleh dianggap berkaitan dengan prospek ekonomi dan keputusan dasar monetari. Para pegawai BNM yang lain juga dikehendaki mematuhi tempoh cegah siar
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.