Kewangan Islam

Forum Badan Berautoriti Syariah Berpusat

Forum Badan Berautoriti Syariah Berpusat (Centralised Shariah Authorities Forum, CSAF) ialah rangkaian antarabangsa penasihat Syariah yang ditubuhkan pada tahun 2018. Diterajui oleh Bank Negara Malaysia, CSAF bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa dan memupuk sikap saling menghormati terhadap pandangan Syariah merentasi pelbagai negara.

Perbincangan yang dianjurkan oleh CSAF bertujuan untuk menangani:
  • Isu-isu Syariah yang dihadapi bersama, contohnya, tadbir urus Syariah, rangka kerja membuat keputusan (decision-making framework), agenda kelestarian, langkah pengawalseliaan dalam situasi pandemik dan parameter Syariah berhubung hajah (keperluan)

  • Dasar Syariah yang kritikal bagi pembangunan, inovasi dan kestabilan kewangan Islam untuk impak pertumbuhan jangka masa panjang

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung CSAF, sila layari artikel dalam Laporan Tahunan BNM 2022 yang bertajuk:

Memupuk Jalinan Antarabangsa dalam kalangan Lembaga Syariah Pusat bagi Kewangan Islam.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu?