Statistik Rangkuman Kewangan
-
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan bahawa bermula Oktober 2025, jadual statistik berkaitan kepada pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang kini diterbitkan dalam laman Maklumat Rangkuman Kewangan Untuk Malaysia akan dihentikan kecuali bagi statistik Pembiayaan Mikro, yang akan terus dikekalkan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan BNM untuk memperkemas pengedaran data dan meningkatkan pengalaman pengguna secara menyeluruh.
Selaras dengan perubahan ini, data pembiayaan PKS akan diterbitkan di bawah Sorotan dan Perangkaan Bulanan BNM. Jadual statistik yang dikemas kini akan merangkumi 12 jadual baharu yang telah disusun semula daripada 14 jadual pembiayaan PKS terpilih yang sebelum ini disiarkan di laman Maklumat Rangkuman Kewangan untuk Malaysia. Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk memberikan struktur yang lebih jelas serta memperluaskan pemahaman terhadap statistik rangkuman kewangan dan trend pembiayaan PKS, seperti yang diperincikan dalam Lampiran 1. Pengguna boleh terus mengakses statistik terkini melalui platform MHS di pautan berikut Sorotan & Perangkaan Bulanan - Bank Negara Malaysia
BNM amat menghargai sokongan dan kefahaman anda sepanjang tempoh peralihan ini. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui borang web eLINK di https://bnmlink.bnm.gov.my.
Bank Negara Malaysia
31 Oktober 2025
-
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan bahawa berikutan proses semakan data yang sedang dijalankan, kemas kini bagi penerbitan jadual statistik berkaitan pinjaman/pembiayaan yang diterbitkan dalam laman mikro Data Rangkuman Kewangan bagi Malaysia (Laman Mikro FINC) (kecuali data Pembiayaan Mikro) untuk tempoh bulan Mac hingga Mei 2024 dihentikan buat sementara waktu. Semakan ini diperlukan bagi memastikan ketepatan dan integriti data kami. Walau bagaimanapun, data yang telah lengkap disemak akan disiarkan dalam penerbitan bulan Julai 2024, termasuk semua kemas kini daripada penerbitan bulan Mac hingga Mei 2024.
BNM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai pemahaman serta kesabaran anda sepanjang proses ini. Untuk penjelasan lanjut mengenai perkara di atas, sila hubungi kami melalui borang web eLINK (bnmlink.bnm.gov.my).
Bank Negara Malaysia
6 Jun 2024
-
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan bahawa mulai bulan Ogos 2022, jadual perangkaan berkaitan dengan pinjaman/pembiayaan yang diterbitkan akan dikemas kini dan ditambah. Penambahbaikan ini merujuk data mulai bulan Julai 2022 yang diterbitkan dalam Sorotan dan Statistik Bulanan (Monthly Highlights and Statistics, MHS) dan laman sesawang mikro Data Rangkuman Kewangan bagi Malaysia (Laman Mikro FINC) (kecuali data Pembiayaan Mikro). Set data pinjaman/pembiayaan yang sedia ada adalah berdasarkan keperluan pelaporan yang dibangunkan pada tahun 1997. Beberapa penambahbaikan telah dibuat sejak tahun tersebut bagi mencerminkan perkembangan dalam sektor kewangan. Set data pinjaman/pembiayaan yang baharu ini akan berdasarkan keperluan terkini dengan takrifan data dan metodologi pelaporan yang lebih tepat. Hal ini akan meningkatkan kualiti, keperincian dan kebolehbandingan data bagi memudahkan analisis data dan proses membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi. Perubahan utama pada takrifan data dan semakan lain pada jadual-jadual tersebut diringkaskan dalam Lampiran 1.
Kemas kini tersebut akan melibatkan 20 jadual MHS dan 14 jadual laman mikro FINC yang berkaitan dengan pinjaman/pembiayaan dan termasuk data dari bulan Julai 2021 untuk memberikan siri masa yang sewajarnya bagi analisis trend yang dicatatkan sebelum ini. Sehubungan dengan itu, pengguna akan melihat peralihan tahap bagi kebanyakan siri masa data pinjaman/pembiayaan bermula dari bulan Julai 2021. Walau bagaimanapun, trend pertumbuhan asas sebahagian besarnya kekal konsisten. Tambahan lagi, data 6 bulan terkini akan dikemas kini setiap bulan manakala data 12 bulan akan dikemas kini setiap tahun dalam terbitan bulan Januari (data bulan Disember) untuk mengambil kira sebarang penghantaran semula data yang telah dihantar sebelum ini oleh entiti pelapor.
BNM ingin merakamkan penghargaan kepada semua institusi perbankan atas usaha gigih dan sumbangan besar mereka terhadap kejayaan peralihan kepada set data pinjaman/pembiayaan baharu ini.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan perubahan yang dibuat, sila hubungi kami melalui borang web eLINK (bnmlink.bnm.gov.my).
Penunjuk Utama Rangkuman Kewangan Malaysia (sehingga akhir tahun 2024)
Jadual | Keterangan | Sumber Data |
2.1 | Bank Negara Malaysia |
Jadual yang diberhentikan
Data Pembiayaan PKS sebelum Oktober 2025
Table | Description | Description |
1.11 | Bank Negara Malaysia | |
1.11a | Bank Negara Malaysia | |
1.12 | Bank Negara Malaysia | |
1.12a | Bank Negara Malaysia | |
1.13 | Bank Negara Malaysia | |
1.13a | Bank Negara Malaysia | |
1.14 | Bank Negara Malaysia | |
1.14a | Bank Negara Malaysia | |
1.15a | Bank Negara Malaysia | |
1.16 | Bank Negara Malaysia | |
1.16a | Bank Negara Malaysia | |
1.21 | Bank Negara Malaysia | |
1.21a | Bank Negara Malaysia | |
1.31 | Bank Negara Malaysia | |
1.31a | Bank Negara Malaysia | |
1.32 | Bank Negara Malaysia | |
1.32a | Bank Negara Malaysia | |
1.33 | Bank Negara Malaysia | |
1.33a | Bank Negara Malaysia | |
1.34 | Bank Negara Malaysia | |
1.34a | Bank Negara Malaysia | |
1.35 | Bank Negara Malaysia | |
1.35a | Bank Negara Malaysia | |
1.36 | Bank Negara Malaysia | |
1.36a | Bank Negara Malaysia | |
1.41 | Bank Negara Malaysia | |
1.41a | Bank Negara Malaysia |
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.