Permintaan Sebut Harga (RFQ) bagi Perolehan Pembekalan, Penghantaran dan Pemasangan Perabot di Premis Peranginan BNM di Port Dickson, Cameron Highlands dan Pulau Pinang

29 Okt 2026

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa pembekal yang layak dan berpengalaman serta memenuhi keperluan yang disenaraikan di bawah untuk menyertai tender yang dinyatakan di atas.

Keperluan Mandatori

Hanya pembekal yang memenuhi keperluan mandatori berikut akan dipertimbangkan bagi tender ini.

No.

Keperluan mandatori

Dokumen yang diperlukan (dalam format PDF)

1.

Akujanji Kerahsiaan

Pembekal bersetuju untuk mengekalkan kerahsiaan yang ketat bagi semua maklumat yang akan diterima daripada BNM dan mengemukakan surat akujanji kerahsiaan yang ditandatangani oleh wakil yang diberi kuasa oleh syarikat.

Surat Akujanji Kerahsiaan yang ditandatangani (Lampiran A).

2.

Integriti Syarikat

  1. Syarikat dan/atau pengurusan kanan/pengarah/pemegang sahamnya tidak pernah tertakluk kepada sebarang siasatan jenayah atau sivil dalam tempoh lima tahun yang lalu.

  2. Mengemukakan akuan bagi sebarang litigasi atau pertikaian (kes lampau dan yang sedang berjalan) yang dimulakan terhadap syarikat dan/atau pengurusan, pengarah atau pemegang sahamnya (jika berkenaan).

Nota: Pembatalan kelayakan secara automatik jika vendor dan/atau pemegang saham/pengarah/pengurusan kanannya:

  1. Disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah berkaitan ketidakjujuran, penipuan, menghalang usaha pencegahan jenayah, pengedaran dadah atau imigresen di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau undang-undang mana-mana negara;

  2. disenaraikan dalam senarai anti-pengubahan wang haram (AML)/sekatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR)

Akuan Berkanun yang ditandatangani (Lampiran B) bagi semua litigasi dan pertikaian (kes lampau dan yang sedang berjalan) yang dimulakan terhadap syarikat dan/atau pengurusan/pengarah/pemegang sahamnya (jika ada).

Skop Kerja

Skop kerja hendaklah merangkumi pembekalan, penghantaran dan pemasangan perabot di kawasan yang ditetapkan di lokasi-lokasi berikut:

Lokasi

Hasil Kerja

Kompleks Peranginan Port Dickson, Bank Negara Malaysia

  1. Sofa

  2. Meja

  3. Meja Luar

  4. Kerusi Luar

  5. Kabinet TV

  6. Rak Kasut

  7. Kerusi Solek

  8. Rak Tuala

Resort Cameron Highland (Bungalow), Bank Negara Malaysia

  1. Kerusi Solek

Kompleks Peranginan Batu Ferringhi, Bank Negara Malaysia

  1. Meja Bankuet Bulat Boleh Lipat

Peristiwa Penting Proses Tender

Ringkasan jadual waktu proses tender adalah seperti berikut:

Aktiviti

Tarikh mula

Tarikh tamat

Proses pendaftaran masuk pembekal ke dalam Digital Operations Platform (DOP)

19 Oktober 2026

23 Oktober 2026

Pengeluaran dokumen RFP

26 Oktober 2026

-

Taklimat tender dan lawatan tapak

Tidak berkenaan

-

Tarikh/masa tutup tender

-

5.00 petang, 30 Oktober 2026

Pengeluaran Dokumen Tender

Hanya pembekal yang berdaftar dalam Portal Pembekal BNM dan memenuhi keperluan mandatori di atas akan dipertimbangkan bagi tender ini. Untuk sebarang penjelasan lanjut berkaitan pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi +603 2784 5397/5613/5346 (Pengurusan Pembekal).

Selepas mendaftar, sila e-mel kepada [email protected] untuk menyatakan hasrat anda menyertai tender ini (Subjek: Procurement of Supply, Delivery and Installation of Furniture at BNM Resort Premises). E-mel tersebut mestilah turut disertakan dengan Lampiran A dan B yang telah ditandatangani dengan sewajarnya.

Dokumen tender boleh diakses melalui Portal Pembekal BNM bermula dari tarikh pengeluaran dokumen RFP. Pembekal baharu dikehendaki memuat turun Panduan Pendaftaran Pembekal untuk melengkapkan proses pendaftaran. Pembekal sedia ada boleh log masuk secara terus.

BNM tidak bertanggungjawab ke atas dokumen tender yang tidak diterima oleh pembekal. Hanya pembekal yang telah berdaftar dalam Portal Pembekal BNM dan memenuhi keperluan mandatori layak menyertai tender ini.

Penyerahan Dokumen Tender yang Lengkap

Semua penyerahan mestilah dibuat secara dalam talian. Pembekal dikehendaki mengemukakan cadangan yang lengkap melalui Portal Pembekal BNM tidak lewat daripada 5.00 petang, 30 Oktober 2026. BNM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam penyerahan tender dan tiada penyerahan akan diterima di luar portal.

Untuk pertanyaan umum berkaitan pra-tender, sila e-mel kepada [email protected]. Walau bagaimanapun, sebarang pertanyaan khusus berkaitan tender ini hendaklah dikemukakan melalui Portal Pembekal BNM (Messaging) di bawah ID tender/rundingan yang berkenaan.

Penafian

  • BNM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam penyerahan cadangan tender atau kehilangan dokumen berkaitan sekiranya dikemukakan melalui sebarang kaedah selain yang ditetapkan oleh BNM.

  • Bukti pos tidak akan diterima sebagai bukti penyerahan cadangan oleh pembekal. BNM juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos yang ditanggung oleh pembekal berhubung penyertaan mereka dalam tender ini.

  • BNM berhak untuk hanya mempertimbangkan cadangan/dokumen yang lengkap dan dikemukakan pada atau sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan di atas. Respons yang lewat tidak akan dilayan. BNM tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tender dan berhak untuk menolak semua tender.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?