Permintaan untuk Cadangan (RFP) bagi Perolehan Perkhidmatan Terurus Pengujian Keselamatan dan Penembusan Aplikasi dan Infrastruktur (Managed AST/IST)
Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa pembekal yang layak dan berpengalaman serta memenuhi keperluan yang disenaraikan di bawah untuk menyertai tender yang dinyatakan di atas.
1. Keperluan Mandatori
Hanya pembekal yang memenuhi keperluan mandatori berikut akan dipertimbangkan bagi tender ini.
No. | Keperluan mandatori | Dokumen yang diperlukan (dalam format PDF) |
|---|---|---|
1. | Pembekal mestilah perniagaan yang berdaftar di Malaysia | Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) |
2. | Syarikat bersetuju untuk mengekalkan kerahsiaan yang ketat bagi semua maklumat yang diterima daripada BNM dan mengemukakan surat akujanji kerahsiaan yang ditandatangani oleh wakil yang diberi kuasa oleh syarikat | Surat Akujanji Kerahsiaan yang ditandatangani |
3. |
Nota: Pembatalan kelayakan secara automatik jika syarikat dan/atau pemegang saham/pengarah/pengurusan kanannya:
| Akuan Berkanun yang ditandatangani bagi semua litigasi dan pertikaian (kes lampau dan yang sedang berjalan) yang telah dimulakan terhadap syarikat dan/atau pengurusan/pengarah/pemegang sahamnya (jika ada). |
4. | Syarikat mestilah mengemukakan lesen penyedia perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pelesenan Penyedia Perkhidmatan Keselamatan Siber) 2024 | Dilesenkan oleh NACSA dengan Lesen Perkhidmatan Ujian Penembusan |
5. | Syarikat mestilah menyediakan sembilan jurutera residen khusus (dua hari di lokasi, tiga hari secara jarak jauh) dan seorang pengurus penyampaian perkhidmatan untuk menyokong perkhidmatan AST, IST, BAS dan pengurusan kerentanan | Cadangan struktur organisasi dan pelan penempatan sumber |
6. | Kesemua sembilan jurutera residen yang dicadangkan mestilah memiliki sekurang-kurangnya satu pensijilan keselamatan siber yang diiktiraf (iaitu OSCP, OSWE, OSEP, CREST, CISSP, CISM, GIAC, CEH atau yang setaraf) | Resume sumber dan salinan sijil |
2. Skop Kerja
Untuk memperoleh perkhidmatan terurus bagi pengujian keselamatan dan penembusan aplikasi dan infrastruktur dengan sembilan jurutera residen khusus, yang kini beroperasi di bawah susunan kerja hibrid (dua hari di premis BNM dan tiga hari secara jarak jauh), dan seorang pengurus penyampaian perkhidmatan untuk tempoh lima tahun, dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh tiga tahun tambahan. Butirannya adalah seperti berikut:
Pengujian Keselamatan Aplikasi Dinamik (DAST) bagi aplikasi Web, Mudah Alih, Klien, API, AI/LLM dan Awan BNM, termasuk yang dihoskan di luar premis BNM dan shadow IT, menggunakan ujian penembusan dengan metodologi red teaming atau cyber kill chain secara harian.
Analisis Kod Sumber Selamat secara manual atau AST Statik (SAST) bagi aplikasi Web, Mudah Alih, Klien, API, AI/LLM dan Awan BNM, termasuk yang dihoskan di luar premis BNM dan shadow IT, mengikut kes, untuk mengesan kelemahan yang tidak dapat dikesan oleh imbasan dinamik semata-mata.
Pengujian Keselamatan Infrastruktur (IST) bagi aset IT/OT BNM, termasuk yang dihoskan di luar premis BNM dan shadow IT, secara harian.
Penemuan aset setiap suku tahun, termasuk imbasan penemuan port tidak selamat merentasi semua segmen rangkaian aset BNM, secara luaran dan dalaman, bagi memastikan tiada peranti asing dan akses tanpa kebenaran.
Latihan Simulasi Pelanggaran dan Serangan (BAS) tahunan untuk mengesahkan keberkesanan kawalan keselamatan BNM merentasi persekitaran rangkaian, titik akhir, aplikasi dan awan, di mana berkenaan.
Pembekal perlu menggunakan penyelesaian Pengurusan Kerentanan BNM bagi Penjejak dan Papan Pemuka Pengurusan Kerentanan, penyelesaian DAST Automatik dan Pengimbas Penilaian Kerentanan (bagi IST).
Pembekal hendaklah mencadangkan sebarang alat yang akan digunakan untuk melaksanakan DAST manual (cth. Burp Suite Pro), semakan kod manual, pengujian API dan BAS.
3. Peristiwa Penting Proses Tender
Ringkasan jadual waktu proses tender adalah seperti berikut:
Aktiviti | Tarikh mula |
|---|---|
Proses pendaftaran masuk pembekal ke dalam Digital Operations Platform (DOP) | 28 Oktober 2026 hingga |
Pengeluaran dokumen RFP | 4 November 2026 |
Taklimat tender | 6 November 2026 |
Tarikh/masa tutup tender | 5.00 petang, 19 November 2026 |
4. Pengeluaran Dokumen Tender
Hanya pembekal yang berdaftar dalam portal pembekal (Pautan: Portal Pembekal BNM) dan memenuhi keperluan mandatori di atas akan dipertimbangkan bagi tender ini. Untuk sebarang penjelasan lanjut berkaitan pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi +603 2784 5397 / 5613 / 5346 (Pengurusan Pembekal).
Selepas mendaftar, sila e-mel kepada [email protected] untuk menyatakan hasrat anda menyertai tender ini (Subjek: Procurement of Managed Application and Infrastructure Security Testing and Penetration Services (Managed AST IST) for Bank Negara Malaysia).
Dokumen tender boleh diakses melalui portal pembekal kami bermula dari tarikh pengeluaran dokumen tender. Pembekal baharu dikehendaki memuat turun Panduan Pendaftaran Pembekal untuk melengkapkan proses pendaftaran. Pembekal sedia ada boleh log masuk secara terus.
BNM tidak bertanggungjawab ke atas dokumen tender yang tidak diterima oleh pembekal. Hanya pembekal yang telah berdaftar dalam portal pembekal dan memenuhi keperluan mandatori layak menyertai tender ini.
5. Penyerahan Dokumen Tender yang Lengkap
Semua penyerahan mestilah dibuat secara dalam talian. Pembekal dikehendaki mengemukakan cadangan yang lengkap melalui portal pembekal kami tidak lewat daripada 5.00 petang, 19 November 2026. BNM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam penyerahan tender dan tiada penyerahan akan diterima di luar portal.
Untuk pertanyaan umum berkaitan pra-tender, sila e-mel kepada [email protected]. Walau bagaimanapun, sebarang pertanyaan khusus berkaitan tender ini hendaklah dikemukakan melalui portal pembekal kami (Messaging) di bawah ID tender/rundingan yang berkenaan.
Penafian
BNM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam penyerahan cadangan tender atau kehilangan dokumen berkaitan sekiranya dikemukakan melalui sebarang kaedah selain yang ditetapkan oleh BNM.
Bukti pos tidak akan diterima sebagai bukti penyerahan cadangan oleh pembekal. BNM juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos yang ditanggung oleh pembekal berhubung penyertaan mereka dalam tender ini.
BNM berhak untuk hanya mempertimbangkan sebut harga/cadangan/dokumen yang lengkap dan dikemukakan pada atau sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan di atas. Respons yang lewat tidak akan dilayan. BNM tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tender dan berhak untuk menolak semua tender.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.